Dahulu terasa kosong di hati..
Dek kerana tiada tarbiah islami dalam diri..
Ibarat sebotol plastik kosong tidak terisi..
Walau disepak,dilampung,dihumban,diputar dan dipijaki..
Namun tetap kosong tidak terisi..
Segalanya dilakukan hanya mengikut naluri..
Tanpa rasa gentar ada yang memerhati..
Yang mana pengetahuan-Nya tiada dijangkaui..
Jiwa terasa mula terisi..
Dalam kesuraman kegelapan suasana..
Cahaya matahari mula menyinari..
Memasuki setiap pelusuk rongga..
Terus menebusi tanpa henti..
Sehingga sampai ke pangkalnya..
Segala kelompangan mula ditutupi..
Dek penawar permata suasana tarbiah islami..
Hidayah-Nya terbentang luas..
Rahmat-Nya tidak pula berkias..
Kerna ada hati-hati yang terpilih..
Hati terpilih usah mudah mengalah..
Dalam mengejar hasrat dicita..
Menggapai redha yang maha Esa..
Iktidalku,rukukku,sujudku dan doaku..
Ibadahku dan akhlakku..
Agamaku dan peganganku..
Tidak akan layu dan membeku..
0 comments:
Post a Comment