Bercintalah dengan Ikhlas

Tuesday, 24 January 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Apabila kita berkumpul dan berbicara tentang cinta,pasti kita akan mendengar dengan penuh minat. Bukan kerana kita sedang bercinta dengan seseorang, tetapi perasaan itu memang ada di setiap hati insan. Tinggal lagi belum diluahkan kepada sesiapa.
            Namun harus diketahui bahawa perasaan cinta yang sering kita lalui adalah perasaan cinta antara sesama manusia. Bagaimana jika kita pinjamperasaan cinta itu dan letakkan kepada sesuatu yang lain,sesuatu yang wajib. Bercinta dengan ilmu misalnya. Kerana dimaklumi, ilmu itu wajib dipelajari.
            Sebagaimana sebuah hadis riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la,daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim”. Kita diwajibkan mempunyai ‘perasaan’ cinta dengan ilmu, kita ‘diwajibkan’ bercinta dengan ilmu. Tidak boleh tidak, kita diwajibkan menerima ‘jodoh’ dengan ilmu.

CINTA SUCI YANG TULUS
            Ilmu apa yang perlu kita terima cintanya? Misal kata suatu hari nanti kita ditakdirkan bercinta dengan seseorang. Satu pertanyaan, dari ciri apakah yang kita jatuh minat kepada seseorang itu? Rupa parasnya? Harta kekayaannya? Keturunannya? Atau kebaikan dan agamanya? Sudah tentu jawapan klise, iaitu kebaikan dan agamanya, kerana dengan kebaikan dan agamanya itu akan membawa hidup kita lebih tenteram dan selesa.
            Begitu juga dengan ilmu, dengan penuh perasaan kita hamparkan rasa cinta kepada ilmu kebaikan, iaitu ilmu yang membawa manfaat dalam kehidupan kita. Kita mempelajari sesuatu ilmu itu bukan setakat untuk lulus periksa sahaja. Mlaah kita gunakan ilmu itu dalam kehidupan seharian. Itu baru dinamakan bercinta denga ilmu, atau bahasa luarnya, “angau dengan ilmu.” Itu yang ‘TERBAEK!”
            Biar hidup kita selalu didampingi dengan ilmu. Ke mana saja. Kalau pasangan bercinta, perbuatan sentiasa berdamping itu dipanggil “macam belangkas”. Kita tukarkan pasangan itu dengan ilmu. Betapa tulusnya cinta suci kita itu nanti apabila kita “membelangkaskan” ilmu.

DARJAT CINTA IKHLAS
            Bercinta dengan ilmu mestilah berterusan. Usah berhenti setakat yang ada. Selagi hayat masih ada, selagi itu masih kita berpanjangan. Kerana dengan ilmu, dengan sendirinya kita dapat melakukan ibadah yang betul sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke alam akhirat kelak. Percayalah, Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu tinggi berbanding orang yang banyak melakukan ibadah tanpa ilmu.
            Dalam satu kisah daripada sahih Muslim diriwayatkan daripada Nafi’ bin Abdul Haris al-Khuzai, iaitu Gabenor Makkah ketika zaman Umar, bahawa Nafi; bertemu Umar di Usfan. Umar pun bertanya kepadanya, “Siapa pegawai yang kamu angkat ke jawatan itu?” Nafi’ menjawab, “Ibnu Abza, iaitu salah seorang hamba kami yang telah dimerdekakan.” Umar bertanya lagi. “Kenapa kamu beri jawatan kepada seorang bekas hamba?” Nafi’ menjawab, “Sesungguhnya dia menghafal Al-Quran dan mahir dalam bidang ilmu waris.”
            Umar pun berkata, “Sungguh, Nabi S.A.W telah bersabda : “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sejumlah kaum dengan Al-Quran dan merendahkan yang lain dengannya.
            Begitulah darjat yang diperolehi oleh orang yang berilmu. Cintanya kepada ilmu adalah cinta ikhlas. Jika tidak, mana mungkin dapat menghafal Al-Quran dan mahir dalam bidang tertentu.

MANFAATKAN CINTA
            Anjuran dan ajakan untuk bercinta dengan ilmu ini banyak melalui hadis Nabi S.A.W. Apayang perlu bagi kita yang masih menghirup udara untuk bernafas ini ialah bersyukur kepada Allah SWT yang memberi pinjaman kehidupan di dunia ini demi beribadah kepada-Nya. Dengan beribadah itu, maka termasuk sekali menuntut ilmu yang tiada penghujungya.
            Ambil sebanyak peluang yang ada untuk bercinta dengan ilmu dengan penuh keikhlasan agar semua ilmu  yang dituntut dapat memberi manfaat dalam kehidupan kita. Usah kita sia-siakannya.
            Perbuatan yang cantik itu terletak kepada amalan daripada ilmunya.

Wallahu ‘alam...

*sumber : Generasi Al-Quran Kreatif*

0 comments:

Post a Comment

Coretan

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Sesama Hamba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.