Kemanakah Cintamu?

Thursday, 1 March 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim



Cinta bukan sekadar apa yang mereka faham..
Mereka patut faham apa yang patut mereka faham..
Agar cinta yang mahal itu tidak menjadi murah..
Agar dapat menerobos langit sampai ke Jannah..

(n_n) 'enjoy' (n_n)

            Suasana petang ditutupi awan mendung berarak melintasi bukit-bukau. Kicauan riang burung terbang bebas menghinggapi dahan. Berhenti. Terbang kembali mencari destinasi. Bingit erekan keretapi meluncur di landasan menerjah gegendang telinga. Sesekali Syahran menoleh ke luar jendela berhias langsir kekuningan berenda ombak.
            Beberapa keping kertas tersusun kemas di tepi meja kini berselerak dihembus angin dingin. Pantas Syahran melompat meninggalkan katil mengutip kepingan kertas putih berjalur biru.
            Satu per satu disusuni kertas sedang mata melirik jam dinding terpahat kekal.
“Sudah pukul 5 petang rupanya. Tentu sejadahku memanggil-manggil namaku.”
            Syahran menapak lantai lantas berdiri menuju ke meja. Sibuk meletakkan semula kertas disusun rapi di atas rak bersaiz A4. Mata Syahran lekat pada sekeping kertas tertulis artikel mengenai  “Kemanakah Cintamu”?
            “Kemanakah Cintamu”? Syahran menyoal diri dalam hati. Segaris senyum pekat terukir.
            “Ini artikel dua minggu lepas sewaktu aku mengedarkan risalah-risalah untuk menyedarkan pe-couple di luar sana. Tak sangka tertinggal sekeping cuma tak terhabisi renjisan risalah untuk menyedarkan sang pe-couple akan kesalahan menyambut Valentine’ Day.
            Solat asar didirikan. Usai zikir Al-Mathurat yang menjadi amalan setiap petang. Syahran merebahkan diri di katil empuknya bercadar biru bergambar siri animasi Jepun, Shin Chan.
            Tubuhnya disengetkan menghadap dinding. Tangan merayap mencari kepingan artikel yang diletakkan di meja bersebelahan katil. Tubuh kini menghadap siling semula. Di baca semula artikel itu yang setahunya usai tujuh kali mengulang baca.
            Jari yang terselit kepingan artikel bertajuk “Kemanakah Cintamu” di baca lagi. Berhenti. Menengadah siling sambil tersenyum nakal. Tangan direbahkan ke permukaan katil.
            Syahran mengimbas kembali kejadian seminggu lepas.
*******
            “Abang Syahran, abang pernah ber-couple? Soalan itu menyentak lamunan Syahran di atas tebing sungai.
Sedari tadi Syahran bersama juniornya sewaktu alam persekolahan dahulu. Namun kini Syahran merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) manakala Tadwin masih menuntut dalam tingkatan empat.
Syahran sering merapati Tadwin sewaktu alam persekolahan dahulu. Ini kerana baginya Tadwin mempunyai sifat seorang penyampai yang baik. Cuma Syahran merasakan Tawin belum terisi. Belum terisi dengan sebarang input yang baik untuk diterjemahkan dalam penyampaian ke arah memberi kesedaran. Mungkin suatu hari nanti.
Syahran kekal diam akan soalan pemecah kesunyian suasana tadi. Namun bibir memulakan bicara.
“Dek,kenapa adek bertanyakan soalan sebegitu?” Syahran meletakkan tangan di bahu Tadwin. Belakang tubuhya ditepuk-tepuk. Tadwin membalas dengan senyuman.
“Tiada apa. Sekadar bertanya.”
“Abang tidak pernah ber-couple  tu.” Mendatar suara Syahran. Nafas dihela.
Tadwin mula tertarik ingin mendengar. Kepala memandang ranting kayu hanyut di bawa aliran air sungai. Kaki dilentukkan ke dagu. Memeluk tubuh.
“Abang ini seakan tiada perasaan. Couple itu cinta. Cinta itu perasaan.”
Syahran melunjurkan kaki. Sepasang tangan menapak bumi di belakang badan. Mata terkulat-kalit menengadah langit mencari jawapan. “Tapi abang ada cinta.” Datar.
“Haaa?” Tadwin terngangah.
“Apa yang adek faham tentang couple?
“Sudah geharu cendana pula.” Tadwin senyum nakal. Mata dikedip-kedip.
“Sudah tergaru gatal tak sudah.” Ketawa pecah. Mesra antara mereka.
“Biasalah bang,ber-couple ini berjalan bersama dengan pasangan, berpegangan tangan di huyung-hayang, mengucapkan rasa sayang dan kasih kepada pasangan, ucapan “I love u” perkara biasa.
“Sebab itulah abang tidak ber-couple. Sebab semua benda itu kena ada dalam ber-couple. Berpasang-pasangan. Maksudnya saling bersama lah kan?” Kening di angkat-angkat.
Syahran melipat lutut lalu bersila. Sepasang tangan menekan-nekan kepala lutut merenggangkan sendi. Jemari ditekan. Letupan kecil kedengaran.
“Abang ingin bertanyakan satu soalan boleh?”
Tadwin angguk mengiakan.
“Perlukah ber-couple untuk mengeluarkan rasa cinta? Syahran menceruni mata Tadwin. Tadwin seakan tunduk sedikit.
“Cinta itu merupakan rasa sayang lahir dari nubari. Baik cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ayah dan ibu, cintakan sahabat, cintakan guru,cintakan alam dan banyak lagi objek kita melahirkan rasa cinta. Jika adek mengatakan ber-couple itu berpasangan ke sana sini, berpegangan tangan sebagainya. Kemanakah cinta itu pergi? Neraka? Sedang mengatakan rasa cinta. Lidah berlipat menutur cinta. Bibir menggumamkan cinta kerana hendak membina institusi keluarga. Tetapi menyaluti perbuatan menuju neraka.”
“Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk.”  (Al-Israk : 32)
Tadwin terus mendengar. Peka. Teliti. Cuba untuk memahami apa yang didengari. Sepasang tangan meraup wajah. “Abang,jadi cinta sebagaimana agar dijauhi bahana neraka?”
“Cinta kepada Pencipta ‘cinta’ itu sendiri disusuli pembawa risalah Pencipta ‘cinta itu sendiri”. Pantas. Ringkas.
Tadwin menongkat dagu. Mencemik. “Tapi bang,bagaimana pula situasi pasangan belum nikah tetapi mengurakan cinta dan sayang?”
“Cinta itu suci. Makanya tidak harus disertai perbuatan ke lembah kemaksiatan. Kita sendiri lihat di luar sana. Pasangan ber-couple ini pelbagai ekspresi luahan hati diruakan. Dioalog romantis sering didengari seperti ‘lautan pasifik sanggup kurenangi untuk bukti cinta ini,belah lah dadaku kan terlihat namamu,cintaku tinggi persis gunung tertinggi di dunia dan bermacam madah puitis mengalahkan sasterawan negara. Kekadang abang naik meluat mendengarnya.
“Orang seperti itu selalu mengatakan sayang atas cinta kan bang?” Tadwin menggaru dagu yang tidak gatal. Pangkal cermin mata dibetulkan menjelaskan penglihatan.
“Ya dek. Mereka kata sayang tetapi hakikatnya mereka mencampak diri sendiri dan pasangan ke arus kemaksiatan. Mereka akan berkata soal pengorbanan itu tanda sayang, kesengsaraan tanda tanggungjawab. Tetapi mereka lupa pengorbanan yang sewajarnya untuk menerobos nikmat syurga. Tanggungjawab lebih berharga dengan menghadapi kesengsaraan yang diredhai.”
“Cinta itu mahal. Tidak semurah percouplean. Kita hamba ukhrahwi bukan hamba duniawi. Cinta kita biar sampai ke syurga bukan sekadar terhenti di bawa batu nisan sahaja.”
Syahran bertubi-tubi menjelaskan. Tiada lah jemu memahamkan insan. Hati Syahran seakan sejuk jiwa Tadwin timbul kesegaran. Melonjat dari dikelilingi biah kejahilan.
Tubuh Syahran ditegakkan. Berdiri. Seiring tangan di hulurkan ingin menarik Tadwin bangun sama. “Jom jogging.”
Lelaki awal 20-an itu mengatur langkah berlari anak. Tangan kanan mengurut-urut belakang tengkuk. Digeleng ke kanan dan ke kiri.
Tadwin mula mengekori. Sedikit menjengah menghantar pandangan ke tapak mereka duduki sebentar tadi. Dedaun kering bergolekan di hembus udara dingin. Aliran sungai terus mengalir bersama ranting pohon kering.
Cinta Allah cinta pertama. Melalui cinta pertama maka berkuntum cinta lain sesama insan. Cinta lain akan tunduk akur kepada cinta pertama. Cinta dasar iman dan taqwa. Meniti keredhaan-Nya. Iman dan taqwa ubat mujarat daripada hanyut dengan cinta dunia semata. Cinta itu ibadah jika kena pada tempatnya. Bukan pemuas nafsu seraya.
Namu di luar sana sang pe-couple sudah pasti mendirikan cinta jauh dari rasa iman. Ingin sentiasa didampingi dan difahami. Mempunyai tempat mengadu dan meluahkan. Terasa kebersamaan indah belaka. Semua tertipu dengan hembusan nafsu dan bisikan syaitan. Adakah itu cinta? Cinta yang ke mana?  Syurga atau neraka?
Buta dek cinta dunia semata. Indah. Satu ungkapan sebagai lesen hendak menghalalkan. Indah tetapi bersalut keinginan perasaan. Maka itu helah dalam terpedaya. Setiap penjuru terlihat indah. Setiap  bucu terbayang indah. Setiap sudut ternampak indah.
Dan syaitan telah menjadikan indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah,maka mereka tidak mendapat petunjuk.” (An-Naml : 24)
Cinta manusia murah. Menjadi mahal jika didahului cinta Pencipta ‘cinta’.
*******
Usai subuh dan zikir Al-Mathurat Syahran melipat sejadah. Disangkutkan atas mini ampaian kayu sebelah jendela. Wajah diraup. “Allahu Akhbar.” Spontan meniti di bibir.
Syahran melangkah ke muka pintu. Memutar  tombol pintu lalu menuju ke ruang tamu.
Kerusi  kusyen diduduki. Mata menerawang ke jihat ruang tamu. Saku diseluk mengambil telefon bimbit. Punat menu ditekan mencari ruangan mesej. Hantar mesej.
Assalamu’alaikum adek Tadwin, abang mahu ajak keluar makan. Adek ada kelapangan pada pukul 9 pagi ini?
-Shahran
Telefon bimbit berdering. Punat kekunci ditekan. Buka mesej.
Wa’alaikumussalam abang Syahran, Insya-Allah adek bertandang.
-Tadwin
Pandangan dilemparkan ke jihat suasana warung bersebelahan tepi jalan raya. Deruman motorsikal berlalu-lalang mengengitkan telinga. Radio warung rancak memutarkkan lagu-lagu terkini. Walau halwa telinga yang tidak menyenangkan hati. Tetap didengari demi menghormati sekeliling.
Kepingan katalog ditatap mencari masakan pilihan. Nasi lemak,nasi goreng terpampang di menu pesanan. Namun karipap dan ‘teh tarik’ menjadi pilihan.
Tetap menunggu Tadwin walau sudah terlewat 30 minit berlalu. Sedang asyik menyantap karipap ,keenakan tersentak seketika.
“Assalamu’alaikum abang Syahran?” Tadwin memberi salam sambil menghampiri Syahran. Tangan dilambai.
Syahran menyahut salam. Senyum berkuntum melihat Tadwin bertandang kepadanya. Berdiri melimpasi meja makan.
Setiba Tadwin. Tadwin dipelukkan. Terasa mesra dan nikmat ukhwah. Allahu Akhbar
“Jemput duduk dek! Pesan sahaja apa kemahuan adek. Hari ini abang belanja makan sarapan?” Senyum masih terlekat. Mata seakan sepet memancar sinar.
Muncung secawan ‘the tarik’ disadai di bibir. Dihirup nikmat. Mata dicerunkan ke arah Tadwin. “Sebenarnya abang ada hajat hendak mengajak adek ikut abang, adek mahu turut serta?”
Mata seakan terbuntang. Kuih karipap yang dikunyah sedikit tersebur. Tadwin tidak menghiraukan kejadian itu. “Apa halnya bang?”
“Abang nak ajak adek pergi sambut Valentine’ Day dengan abang.”
Sekali lagi mata Tadwin seakan terbuntang. Rahang bawah terjatuh. Terngangah.
Lebihan karipap di letak sebentar di sisi pinggan. Mula menutur kata.
“Adek pelik lah dengan abang ini? Semalam kata couple itu tidak boleh lah. Itulah. Inilah. Sekarang mahu ajak adek pergi sambut hari Valentine’s Day pula. Apakan?” Tadwin mencebik.
Syahran menoleh ke arah pemandangan gunung . Pemandangan nan hijau menghiasi lirikan mata.
“Abang sambut Valentine’s Day bukan seperti cara mereka. Ini cara abang. Cara orang Islam.”
Tadwin hanya terdiam. Seakan terpanah. Keadaan menjadi lengan seketika. Sepi. Sunyi dan terus diam tanpa kata.
*******
Sumayyah tiba di halaman rumah. Mengorak langkah masuk ke rumah. Tubuh terasa letih yang amat. Seakan telah memikul beban yang berat.
Selepas Sumayyah membersihkan diri. Seperti biasa rutin harian akan bermula. Umpana tidak lengkap hari-harinya jika tidak berhadapan dengan laman social Facebook. Komputer riba diriba sambil kerusi berkusyen diduduki. Televisyen dibiar terpasang walau tidak ditonton. “Facebook.” Itulah yang ditatapnya.
Bunyi “bit” berbunyi. Tangan melarikan tetikus. Mesej dibaca senyum membunga. Pantas jemari menari di papan kekunci komputer riba. Membalas segala pertanyaan daripada si dia.
“Assalamu’alaikum sayang. Sedang buat apa?
-Ridhuan
“Wa’alaikumussalam abang. Tiada apa-apa!
-Sumayyah
Perbualan maya terus berlalu. Panggilan mesra umpama sepasang suami isteri terus beralun. Bergurau senda tiada henti. Walau di alam maya.
Sedang rancak berbual sehingga mendapat kata putus hendak berjumpa. Ingin bersemuka seperti biasa namun mahu lebih istimewa. Mahu berjalan dan makan bersama. Sempena hari “Valentine’s Day” alasan diberi.
Masyarakat sekarang mahupun remaja di luar sana telah disuntik dengan doktrin akan sambutan “Valentine’s Day” yang konon hari mengenang kasih kekasih. Menghargai perasaan antara sepasang kekasih.
Masa terus berlalu. Namun doktrin ini terus meresapi jihat pemikiran minda. Baik remaja atau dewasa yang mengisytiharkan diri sebagai sepasang kekasih.
Tanpa segan mengatakan trend masakini. Sambutan sebegini bukti kasih yang diberi sedang kasih itu perlu dibukti setiap hati asal tiada salutan dosa. Umpana mulut perlu disuap setiap hari. Agar tenaga tiada henti. Hari kekasih setahun sekali? Sangat murahnya cinta manusia.
*******
Duduknya kemas di meja study. Berteman cahaya lampu meja menyinari sedikit kegelapan malam. Di keheningan malam usai sunat Tahajjud didirikan. Syahran memutar-mutar pensil separa panjang berjalur hitam kekuningan. Terdapat sedikit kesan gigitan pada pangkal pensil.
Pensil itu dibiarkan seketika di atas meja. Syahran menyatukan jemari di belakang kepala. Bersandar. Syahran tersengih manis terkenang disebalik cerita akan pensil tersebut.
“Abang, Tadwin berikan abang pensil ini. Tetapi agak buruk sedikit sebab terdapat gigitan-gigitan Tadwin.” Tadwin memandang telus Syahran ketika itu sambil tersenyum.
“Untuk apa pensil ini dek?” Bibir Syahran membuahkan persoalan.
“Abang gunalah pensil itu untuk sampaikan kepada insan di luar sana tentang cinta yang abang faham dan apa yang sepatutnya golongan seperti mereka patut faham.”
Syahran masih tersengih akan peristiwa itu. Sedikit tawa kecil terpancul di bibir.
“Ya,aku harus gunakan pensil ini untuk sampaikan apa yang sepatutnya mereka faham.” Tekad Syahran.
Pensil ditaut. Sekeping kertas diambil. Kepala sedikit ditunduk. Wajah diraup. “Bismillahirahmanirahim.” Lafaz keramat bergema lantas penulisan bermula.
*******
Dua  lunjur tubuh berdiri di pintu masuk kompleks membeli belah serba mewah. Pandangan menerewang ke sekeliling jihat bangunan. Kelihatan kios serta kedai sakan berjual beli dengan pelanggan. Kedengaran lagu sentimental sebagai halwa telinga pengunjung. Sibuk. Suasana kelihatan sibuk sekali.
“Dek Tadwin, ini risalah yang abang tulis menggunakan pensil pemberian adek, biarlah orang lihat selekeh tapi isinya insya-Allah orang tidak akan perlekehkan”. Syahran memula bicara dengan sedikit kata motivasi buat diri.
Tadwin tidak terkata. Hanya mampu tersenyum bangga.
“Adek tahu apa yang perlu dilakukan? Sudah bersedia menyampaikan tentang apa yang mereka patut faham? Mental sudah bersedia? Dengan kemungkinan hinaan terhambur ke muka.
“Faham bang. Insya-Allah dipermudahkan usaha kita.”
“Jika sudah begitu. Ayuh! Syahran menepuk belakang Tadwin lantas misi bermula.
Tadwin asyik mencari sasaran untuk diberikan salinan-salinan risalah itu. Matanya ligat mencari dan terus mencari. Sasaran awalnya sepasang kekasih duduk mesra bersama.
“Mereka patut faham apa yang mereka patut faham.” Tadwin bermonolog. Tekad
Bertemu dengan pelbagai pasangan. Salam diberi lantas risalah dihulur. Oleh kerana sedikit gementar Tadwin memalingkan tubuh lalu meninggalkan pasangan kekasih.
Diulangi seperti itu. Terus diulangi sehinggalah kesemua salinan risalah itu habis di tangannya.
Tadwin mencari tempat untuk berehat. Kerusi kayu berlatarkan air pancur di tengah kompleks membeli belah itu menjadi pilihan.
“Semoga mereka membaca risalah itu dan mereka patut faham apa yang mereka patut faham.” Tadwin bermonolog lalu beristigfar.
*******
Syahran melihat ke sekeliling jihat bangunan. Perkara sama dilakukan. Namun pendekatan Syahran sedikit berlainan.
Syahran terpandang sepasang kekasih mesra berpegangan tangan. Dihuyung-hayang sambil berjalan. Bergurau senda sakan. Pasangan itu ialah Ridhuan dan Sumayyah.
“Assalamu’alaikum.” Salam menyapa. Langkah Ridhuan dan Sumayyah terhenti. Syahran tepat berdiri di hadapan Ridhuan dan Sumayyah.
“Wa’alaikumussalam.” Sambut pasangan tersebut. Tangan masih bertaut. Berpegangan.
“Saya Syahran. Di pagi hari Selasa yang indah ini saya nak kongsi satu artikel. Tajuknya ‘Kemanakah Cinta?’” Senyum tidak pudar. Mata seakan sepet.
Syahran menghulurkan risalah tersebut. Tetapi ditujukan risalah tersebut ke arah jemari Riduan dan Sumayyah yang kekal bertaut.
Ridhuan cuba mengambil risalah tersebut menggunakan tangan kanan. Tangan yang tidak bertaut dengan tangan Sumayyah.
Syahran menarik balik risalah itu. Syahran menghalakan risalah tersebut ke arah tangan yang kekal bertaut itu bertujuan meleraikan tautan jemari pasangan kekasih itu.
Syahran menghalakan semula. Ridhuan cuba mengambil lagi. Syahran menarik semula.
“Nak bagi ke taknak?” Terjah Ridhuan. Seakan menahan amarah.
Syahran beralah. Itu lebih baik daripada timbul kekecohan.
“Anda berdua tidak membawa anak sekali jalan membeli belah?” Syahran cuba memancing.
Ridhuan dan Sumayyah seakan tersentak. Sumayyah hanya diam. Ridhuan membalas soal. “Anak? Jinjang pelamin pun kami belum jejak. Inikan pula memiliki anak.”
“Tapi nampak macam pasangan suami isteri pula.” Pandangan Syahran sinis.
“Salahkah kami hendak sambut ‘Valentine’s Day’?” Suara Ridhuan meninggi.
Syahran hanya tenang. Sedar baginya bukan mudah berada di jalan ini.
Kenapa perlu menyambut hari kekasih? Perlukah semua ini yang mana hanya membawa kepada kemaksiatan lebih-lebih lagi anda berdua bukan pasangan suami isteri yang sah?” Ini yang anda berdua katakan cinta? Suara mendatar.
“Ya. Inilah cinta kami. Kami saling menyayangi. Adakah itu salah?”
“Cinta tidak salah. Tetapi cara anda yang salah.”
Suasana hening seketika sebelum Syahran menambah hujah.
“Cinta sebenar biarlah menerobos langit lalu syurga menanti di akhirat sana. Adakah kelakuan anda sekarang mampu menjejak syurga dan mendapat cinta yang abadi bertemu dengan Pencipta cinta itu sendiri kelak? Atau sekadar melontar cinta anda ke neraka? Kemana destinasi cinta anda? Syurga atau neraka?”
Tangan Ridhuan dan Sumayyah mulai lerai. Tunduk. Seakan patuh mendengar.
Syahran menghela nafas. “Anda rasa bahagia dengan cinta di dunia tetapi anda telah tutup nikmat cinta untuk ke sana. Adakah cinta anda bermakna?”
“Cinta ada tanggungjawab bukan sekadar pemuas hati dan perasaan. Cinta ada kebaikan Cuma jangan sampai kebaikan diadun bersama keburukan. Cinta itu mahal dan suci bukan semurah berjalan berduan berpagang tangan.”
“Allah sudah tunjukkan cara halal mengekspresikan cinta. Ikatan perkhawinan malah penuh berkat dan mendapat pahala.”
Ridhuan dan Sumayyah terus terkelu lidah tanpa sepatah kata.
“Saudara,jagalah pandanganmu daripada wanita perhiasan dunia.”
Katakanlah kepada orang lekai yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (Surah An-Nur : 30)
“Begitu juga anda saudari.”
Sumayyah mengangkat wajah memandang seketika Syahran kemudian tunduk semula.
[“Rasulullah bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasullulah bilakah akan tibanya hari kiamat?”
“Apakah yang telah kau sediakan untuknya?”
“Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku.”
“Rasulullah menjawab : Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana.”] (Riwayat Bukhari)
“Satu lagi saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian. Sambutan “Valentine’s Day” bukan budaya orang Islam. Kerana ini budaya orang Kristian dan propaganda untuk meracuni aqidah ummat Islam. Kita usah mengikut amalan mereka.”
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum,maka dia adalah daripada kaum tersebut. (Hadis riwayat at-Turmuzi)
Syahran terus memandang Ridhuan dan Sumayyah. Syahran sedar mereka mungkin agak segan lantas membuka langkah beredar.
“Assalamu’alaikum. Moga Allah merahmati kalian.” Salam menyapa. Ridhuan dan Sumayyah menghantar pergi Syahran dengan pandangan. Syahran tidak sekali menoleh.
“Ya Allah,lembutkanlah hati-hati mereka agar mendahului cinta-Mu ya Allah.” Nubari Syahran berdoa. Langkahan terus melangkah.
*******
Hujan lebat menyimbahi bumi. Bunyi guruh sesekali singgah ke lirik telinga. Percikan hujan di bumi mengekori langkahan. Syahran dan Tadwin berlari mencari teduhan.
Tadwin sesekali menggigil. Jaket ditekan rapat ke tubuh. Memerhati hujan turun dengan lebatnya. Syahran menyilang tangan di dada memeluk tubuh menahan kedinginan.
“Abang,abang rasa mereka akan faham apa yang mereka patut faham?” Tadwin menoleh memandang Syahran di sebelah kanan.
Syahran kekal menyilang tangan memandang hujan membasahi bumi. “Dengan izin-Nya,insya-Allah dek. Kita berdoa sahaja agar semuanya bermanfaat.”
Hujan mengiringi biah pengharapan mereka. Terus mengharap agar hati-hati mereka faham apa yang patut mereka faham.
Moga risalah itu bukan sekadar dibaca kemudian dibuang. Moga dihadam dan diamal. Sekadar hamba meniti perjalanan menyampaikan risalah agama-Nya.














1 comments:

MI said...

*clap clap*
wah! menarik!
tersentuh ana membacanya...
mabruk saudara, teruskan usahamu!
(^_^)
~Megat Al-Imran~

Post a Comment

Coretan

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Sesama Hamba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.