Al-Kursi : Benteng Kecelekaan dan Gangguan Syaitan

Wednesday, 1 February 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim



            Ayat Kursi (ayat 255) adalah sebagian ayat yang dipetik dari surah Al-Baqarah. Ia ditunjukkan setelah berlakunya hijrah Rasulullah S.A.W serta umat Islam. Lantaran keistimewaan serta manfaat yang besar bagi sesiapa yang mengamalkan ayat tersebut dalam apa jua keadaan,maka Rasulullah S.A.W telah mengarahkan Zaid bin Tsabit menulis ayat berkenaan serta menyebarkannya kepada masyarakat Islam
            Bukan itu sahaja, Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan supaya setiap umatnya mengamalkan bacaan ayat Kursi sebelum masuk tidur. Sabdanya yang bermaksud “apabila salah seorang daripada kamu hendak tidur, maka bacalah ayat Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan syaitan tidak akan mengganggunya sehinggalah masuk waktu fajar.”
            Dalam sabda yang lain, Rasulullah menjelaskan, “Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya  Allah akan membuka pintu rahmat baginya sehingga ke subuh, dan mengurniakan kota Nur menurut bilangan rambut di badannya. Jika pembacanya meninggal dunia pada malam itu, dia dikira mata syahid.”
            Malah diceritakan,ayat Kursia antara ayat yang digeruni syaitan dan iblis. Justeru, tidak hairanlah, dalam mana-mana perubatan Islam,ayat Kursi menjadi salah satu ayat yang dibaca ke atas pesakit. Apa pun Kursi bukan bermaksud kerusi atau tempat duduk Tuhan sebaliknya membawa maksud kebesaran Allah.
            Sementara itu ayat 285 dan 286 dalam surah Al-Baqarah,jika diamalkanmakan dapat menghindarkan seseorang dari segala bencana mahupun apa jua bahaya.

Keistimewaan Ayat Al-Kursi
1.      Dalam kitab Assarul Mufidah ada menerangkan sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi, setiap hari sebanyak 18 kali, InsyaAllah, akan dibukakan dadanya, dimurahkan rezeki, dinaikkan martabat atau darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya. Malah seseorang itu akan terpelihara dari segala bencana dengan izin Allah.

2.      Dari Anas bin Malik r.a nerkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila seseorang dari umat ku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh,nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh Al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

3.      Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur,terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

4.      Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau keluar bermusafir, insya-Allah akan terpelihara dari godaan syaitan, kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya.

5.      Abdurrahman bin Auf menerangkan,apabila dia masuk ke rumah dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumah dan mengharapkan,ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

6.      Syeikh al-Buni menerangkan : Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insya-Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal. Malah menunaikan segala hajat, melapangkan fikiran, dimudahkan rezeki, menghilangkan kedudukannya dan diberikan yang dituntut.

7.      Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menjelaskan, sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam, selama 40 hari,demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksudkan dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Quran)

8.      Imam Jaafar Shadiq r.a menjelaskan sesiapa membaca sekali. Nescaya Allah akan menghindarinya 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1000 kesukaran ukhrawi,yang terkecil sekali azab api neraka.

9.      Jika berpindah ke rumah baru, disarankan pada malam pertama menduduki rumah tersebut, dibacakan ayat Al-Kursi dengan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan lahir dan batin.

10.  Mereka yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan,insya-Allah akan mendapat bantuan daripada Allah.

11.  Mereka yang membaca ayat Al-Kursi di akhir solat, tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali maut dan sesiapa membacanya ketika hendak tidur, allah akan memeliharanya ketika tidur, Allah akan memelihara diri, rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.

12.  Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.

13.  Mengamalkan bacaan ayat Kursi,akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

*sumber : Majalah Al - Islam

0 comments:

Post a Comment

Coretan

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Sesama Hamba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.