Redha Allah Didahulukan , Ukhwahfillah Diutamakan

Tuesday, 24 January 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim



Jika dilihat pada tajuk. Macam slogan 1 Malaysia pula kan? Hehe..Dalam perkongsian kali ini saya nak cerita keajaiban ukhwah yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah. Dalam berukhwah atau bersahabat pun perkara pertama yang harus menjadi paksi adalah untuk mencari keredhaan Allah. Keimanan adalah paksi. Apabila semua dihubungkan dengan keimanan, maka akan terhasil sesuatu yang luar biasa. Saya baru sahaja habis membaca sebuah novel yang bertajuk “sinergi” karya Hilal Asyraf yang mengisahkan dua orang sahabat Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan yang menyebarkan aura harmoni mereka dan berdakwah kepada masyarakat sekeliling.

Irfan mengangguk. “Dan bersahabat atas keimanan ini ada satu syarat.”
“Apa syaratnya?”
“Saling lengkap-melengkapi dalam  menjadi hamba Ilahi yang baik.”
“Insya-Allah. Kau perlu banyak bimbing aku Irfan.”
“Insya-Allah kita sama-sama usaha.”
“Em,aku nak Tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persabahatan kita atas dasar keimanan?”
“Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa ke akhirat. Rumah,harta akan hancur. Rupa paras akan hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kepada Allah, kita hendakkan redha Allah SWT. Redha Allah, kita akan kejar sampai mati. Dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu persahabatan kita ni, Allah kira sebagai ibadah.”
“Kalau macam itu apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?”
“Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka.aku akan terjun sama menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga.”
“Begitu?”
“Begitu lah.”
“Janji?”
“Aku janji.”
“Maka kau, Irfan, sahabat aku atas keimanan ini. Jangan kau lepaskan aku.” Asid menghulurkan tangan. Irfan menjabatnya
“Maka kau, Asid, sahabat aku atas keimanan ini. Aku tidak akan lepaskan kau. Dan kau jangan lepaskan aku.”
“Walau apa pun terjadi.”
“Walau apa pun yang terjadi.”
Irfan dan Asid tersenyum. Terasa bahagia.

                Ini ada sebahagian dialog dalam novel Sinergi tersebut. Lihat lah betapa persahabatan yang dibina atas dasar keimanaan cukup indah dan bahagia. Saling lengkap-melengkapi dalam menempuh apa jua rintangan dan ujian yang mendatang. Berkongsi suka dan duka bersama-sama. Saling membantu dalam apa jua masalah. Berkasih sayang antara satu sama lain. Semua itu hanya untuk mendapat Redha Allah SWT. Semuanya dihubungkan bersama atas dasar keimanan untuk mencari sesuatu yang luar biasa dan hakiki. Ukhwakfillah. Satu perkataan bahasa Arab yang membawa maksud tiga patah perkataan bahasa Melayu yakni bersahabat kerana Allah atau berhubungan kerana Allah. Betapa hebatnya Ukhwahfillah.

               Keserasian dan keharmoian dalam bersahabat yang luar biasa mampu memberi kesan pula kepada persekitarannya. Jika persahabatan itu berlandaskan keimanan. Sudah pastinya ada tarbiah Islami dalam kehidupan. Dalam apa jua aspek dah soal kehidupan semuanya bersangkut paut pada hukum agama suci Allah. Contohnya Irfan dan Asid yang mana mereka menyebarkan aura persahabatan mereka kepada kumpulan masyarakat sekeliling. Sahsiah mereka, akhlak mereka, tanggungjawab meeka kepada agama Allah dan sebagai hamba Allah, keperibadian mereka dalam menjaga Hablum min an-nas yang membawa mereka cukup disenangi oleh masyarakat sekeliling.

Sinergi. 1 + 1 = 3. Pelik bukan?? Tapi jawapannya tidak semestinya ‘2’. Kenapa?? Jawapannya mudah kerana kesatuan ukhwahfillah melahirkan sesuatu yang luarbiasa, kerana tanda campur  ‘+’ itu merupakan iman. Gugusan iman yang menyatukan antara saudara dan sahabat akan menggerakkan mereka menggenggam tali Allah. Ukhwah dengan sahabat bukan sahaja menuntut kita menggaluri haknya sebagai sahabat. Malah menggarisi adab-adab dan tingkatan ukhwah yang perlu dikenalpasti oleh setiap manusia yang punya dan ingin mempunyai sahabat persis Asid dan Irfan, yang karibnya hanya kerana Pencipta-Nya.

Mencapai redha Allah, itulah matlamat ukhwahfillah. Bertepatan dengan tajuk di atas. Dalam kita berukhwah pun redha Allah kita harus dahulukan. Disamping hal-hal lain turut kita utamakan. Hatta dalam bersahabat sekali pun. Kita berukhwah tidak semestinya dengan rakan sebaya sahaja. Dengan sesiapa sahaja sekali pun yang bergelar manusia di muka bumi ini. Persahabatan yang dibina mestilah seiring dengan sumbangan kepada masyarakat sekeliling. Secara langsung mahu pun tidak langsung. Ukhwahfillah yang sebenar dalam menjaga hubungan sesama sendiri,ada kalanya perlu merenjis aura mereka kepada sesiapa pun. Sehingga orang sekeliling senang melihat ukhwahfillah kita. Biar lah ukhwah itu tidak dapat menyenangkan seseorang,asal jangan menyusahkan seseorang.

Dalam membina persahabatan kerana Allah perlu ada itsar yang bermaksud melebihi sahabat dari diri sendiri. Itulah yang akan guide kita menjadi seorang sahabat yang tidak kesah dengan apa yang terjadi asal ukhwah terjalin atas tali agama Allah.

Sekadar perkongsian. Untuk mengingati diri ini yang cukup cetek lagi ilmunya. Mengingati juga kepada yang membaca(kalau ada lah). Hehe.. Sematkanlah di hati.. Ini lah yang kita mahukan. Mahu kita gapai kerana saya sendiri pun mahukannya. Ada pembimbing dan cuba membimbing. Saling melengkapi. Agaknya tidak sukar. Jika kita cari dengan Ukhwahfillah~

Tidak terusik kah hati kita..
Hidup dalam dunia nyata..
Tanpa teman pekongsi suka dan duka..
Yang memberi hati rasa bahagia..
Jika terjalin Ukhwahfillah..
Ucaplah Yallah akhi, uhibbukafillah..
Pasti tiada lagi resah..
Dalam jalinan berukhwah..

0 comments:

Post a Comment

Coretan

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Sesama Hamba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.