Mayat Berbogel Menjadi Batu

Tuesday, 24 January 2012


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Balasan Allah SWT ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan seks sejenis (gay dan lesbian) mirip kisah penduduk Pompeii di Itali yang menjadi sebuah kota pelacuran dan seks sejenis yang kemudiannya lenyap  daripada peta dunia.
                Sekitar tahun 79 Masihi,keadaan di Pompeii (satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Penduduknya bergerak ke sana sini, berjual-beli dal gedung perniagaan serta bersosial di antara satu sama lain. Tiba-tiba satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap ditelan bumi. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka di dalam Empayar Rom,hilang  dalam lipatan sejarah. Selepas itu, tiada siapa lagi yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
                Masa terus berlalu sehinggalah pada tahun 1954 apabila sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan. Kerja mengorek tanah giat dijalankan tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh dan misteri tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan perlahan-lahan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak cari gali dilakukan di kawasan tersebut.
                Pada 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. Kira-kira 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboueuf selepas beliau mendapat tahu kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah “terkubur” di bawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terungkai.
                Selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan. Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
                Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut dijumpai puluhan jasad manusia, sesetengah berbogel yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii,bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan  pada raut wajah penduduk (yang sudah menjadi batu) menunjukkan ekspresi,seolah-olah bencana terjadi itu datanf secara tiba-tiba.



Sejarah Kota Pompeii
                Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 S.M oleh kaum Osci atau Oscan. Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi,disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas akhlak kemanusian.
                Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan. Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan “Mithra” yang meyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
                Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kotaa berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana it uterus menggelamkan serta melenyapkan kota Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.
                “Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan,nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Takkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah mereka kecuali jauhnya mereka daripada (kebenaran), kerana kesombongan mereka di muka bumi dan kerana rancangan mereka yang jahat. Rancangan yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakan sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah,dan sekali-kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.”  (Surah Al-Faathir,ayat 42-43)




Sejarah kaum Nabi Luth berulang
                Siapa pun yang menentang hokum Allah dan berusaha melawan-Nya akan terkena sunnatullah yang sama. Pompeii,yang merupakan simbol dari kerosakan akhlak yang dialami pada zaman pemerintahan Rom,adalah pusat perzinaan dan homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.
                Gunung Vesuvius adalah simbol Negara Itali,khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Azab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah,yakni kaum Nabi Luth a.s,sangatlah mirip dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii.
                Di sebalik kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples,sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu dari letusan maha dasyat gunung tersebut yang dua millennia yang lalu membumihanguskan penduduk kota. Malapetaka itu terjadi dalam tempoh yang begitu singkat sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota itu.
                Pemusnahan kota Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran, Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinaan dan pelacuran.



“Pemusnahan secara tiba-tiba”
                Ekoran ledakan gunung berapi Vesuvius yang memuntahkan lava menghapuskan keseluruhan kota tersebut. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tidak seorang pun terselamat. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menyantap makanan jadi batu pada detik itu. Banyak sekali pasangan yang tubuhnya terawet berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengejutkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan seks sesama jenis.
                Dalam konteks ini,terdapat aspek dari bencana tersebut yang sangat sulit untuk dimengerti, Bagaimana boleh terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apa pun?
                Aspek ini menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa azab dikisahkan dalam Al-Quran yang secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan  secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Misalnya, “penduduk suatu negeri”  musnah keseluruhan dalam waktu singkat. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut:
                “Tidak ada seksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.”  (Surah Yasin, ayat 29)

*sumber Majalah Milenia Muslim

0 comments:

Post a Comment

Coretan

Watch videos at Vodpod and more of my videos

Sesama Hamba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.