Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Bersandarkan tubuh kereta. Jemari disatukan di belakang kepala. Kamal menengadah hamparan langit biru mengelamun seketika. Kaki kanan dihayun ke hadapan dan sebaliknya. Seakan menunggu bulan jatuh ke riba.
“Assalamu’alaikum Kamal.” Sapa Rahim seraya menuju ke arah kereta Kamal memecah lamunan Kamal.
Kamal memandang ke arah sapaan itu. “Wa’alaikumussalam. Eh, Rahim!” Kamal mengalihkan tubuhnya ke arah Rahim. Salam dihulur. Bersalaman.
“Ni apa cerita ni kereta tersadai ditepi jalan ni?’’ Soalan terpecah.
“Tak tau lah Rahim,tiba-tiba pula kereta ni meragam di tepi jalan ni.”
“Rasa-rasanya masalah apa eh? Enjin kee?” Soal Rahim ingin kepastian.
Kamal mengusap-usap belakang kepala. Mencari jawapan. “Rasanyalah. Aku dah call mekanik tadi. Kejap lagi datang lah tu.”
Bahu Kamal disentuh. “Owh,kalau begitu marilah kita duduk minum di warung sebelah pokok besar tu ha.” Rahim memandang ke arah warung tersebut sambil menunjuk. Kamal diajak.
Tanpa berfikir panjang,Kamal menerima pelawaan. “Ok juga tu. Jom”
Setiba di warung Kamal dan Rahim duduk secara berhadapan. Mata Rahim sempat melirik kepada sepasang kekasih minum bergelaskan sama. Mesra. Seakan suami isteri. Boleh sahaja Rahim beranggapan pasangan tersebut sepasang suami isteri. Namun pakaian pasangan itu yang berbaju seragam biru muda dan putih jelas menampakkan pasangan itu mestinya pelajar sekolah.
“Aduhai pelajar sekolah zaman sekarang ni. Enjin etika pun kabur inikan pula enjin keimanan yang mana setiap insan memilikinya”. Rahim bermonolog.
“Hoi..kau pandang apa tu?” Lirikan Rahim terhenti sebaik Kamal melalukan tangannya ke atas dan ke bawah di hadapan muka Rahim.
“Eh,tiada apa-apa lah!’’
Rahim memanggil pelayan warung untuk memesan minuman. Kamal tidak terkecuali.
Rahim menolak tangkai cermin matanya di pangkal hidung.“Kerja kau sekarang macam mana Kamal? Ok? Selesa tak kerja kat tempat baru?”
“Overroll semuanya ok. Cuma..tulah, kadang-kadang aku lewat datang kerja sebab lewat bangun pagi.” Senyum nakal melirik di bibir Kamal.
Rahim merenggangkan jari dengan menekan setiap jemari. Seakan terdengar letupan kecil dari renggangan itu.
“Ni mesti kes kau selalu pulang lewat malam lagi ni kan? Melepak dengan mamat-mamat dan minah-minah kelab malam. Sehingga dunia pun macam kau tak ingat dah. Aku bukan tak kenal kau Kamal”. Senafas Rahim bertutur.
Kamal menghela nafas. “Alah Rahim,biasalah anak muda. Dah sinonim dengan gaya hidup. Jiwa anak muda.” Siku kedua belah tangan dihiba di atas meja. Tapak tangan dibentang. Jemari dibuka.
Rahim menapak di dahi. “Astaqfirullah.. Haa,itu lah sebab kau selalu lewat bangkit nak pergi kerja. Malam bertandang entah ke mana. Pulang entah bila. Esoknya liat nak bangun pagi. Subuh pun entah di buatnya ke tak”.
“Tak tau lah Rahim. Aku rasa macam dah tak boleh nak tinggalkan semua ni. Lepak dengan kawan di kelab malam. Menari bagai nak rak.” Bibir secawan teh tarik sempat hinggap di mulut Kamal lalu dihirupnya.
Rahim turut menghirup secawan teh tarik yang sudah berlandas di atas meja setelah pelayan warung menghantar pesanan Rahim dan Kamal.
“Cuba kau lihat kereta kau tu Kamal”. Kamal cuba mengalihkan pandangan Kamal dengan menghantar pandangan ke kereta Kamal tersadai di himpiran jalan.
“Ya,kenapa?” Kening Kamal terangkat seraya tertanya akan pertanyaan Rahim. Mata mencerun ke arah Rahim.
Senyuman hanya berkuntuman di bibir Rahim. Dalam diri mengatakan ini lah peluang untuk memberi kefahaman kepada Kamal. Jika tidak semua,sedikit pun tidak mengapa asalkan cubaan memberi kefahaman itu sudah ada.
“Kamal,kalau enjin kaburator kereta kau rosak. Aku nak katakan dalam diri kau ni. Enjin keimanan kau yang rosak. Tapi semua benda tu boleh dibaiki.
*******
Enjin. Enjin biasa kita dengar baik dalam persekitaran kita mahupun secara tidak sengaja. Enjin apa yang kita boleh fahami sesuatu alat untuk menggerakkan sesuatu benda. Tak kiralah ianya barangan elektronik,ataupun yang berkaitan jurutera.
Enjin ini penting kerana tanpanya sesuatu benda itu kira akan dapat berfungsi dengan sempurna. Tidak pula kita dapat gunakan benda itu dengan sebaiknya seperti mana fungsinya. Contohnya kita dalam lihat kita sendiri kekadang meleter dek kerana kereta rosak secara tiba-tiba tatkala nak pergi kerja ataupun apa sahaja. Apa puncanya kereta rosak?? Tiada minyak?? Mungkin.. Tiada air penyejuk?? Mungkin.. Adakah mungkin juga kerana enjin?? Mungkin. Kita boleh katakan bahawa enjin nadi untuk menggerakkan suatu jentera itu. Bilamana enjin kereta rosak pasti secara tak di suruh pun kita akan mencari bengkel untuk membaikinya.
Apa kaitannya dengan keimanan seorang Hamba??
Keimanan adalah satu yang boleh kita katakan seperti yang selalu kita dengar baik dari ustaz,ustazah mahupun penceramah-penceramah adalah suatu “kepercayaan” yang mana selalu berkaitan dengan aqidah. Terdapat 6 rukun Iman yang kita sedia tahu sejak kecil lagi kita sudah ajari. Antaranya beriman kepada Allah,Malaikat,Kitab,Rasul,Hari Akhirat dan juga Qadak dan Qadar. Inilah adalah asas yang kita pegang sebagai seorang mukmin.
Tahu ataupun tidak,keimanan kita lahir dari mana? Bagi saya ianya lahir dari apabila kita faham dan ikhlas. “tiada Tuhan selain Allah,Muhammad pesuruh Allah”. Kita sedia maklum akan kalimah ini. Syahadah yang kita lafaz setiap hari terutama dalam solat fardhu.
Adakah kita benar-benar faham untuk apa kita melafazkan? Adakah kita benar-benar ikhlas bila kita melafazkan?
Apabila kita melafazkan “tiada Tuhan selain Allah”,makanya secara tidak langsung Allah lah tempat segala tempat kita meletakkan diri kita. Kita patuh dan tunjuk akan segala perintah dan larangan-Nya. Baik dari aspek ibadah. Kehidupan. Akhlak. Perbuatan. Hubungan kita sesama manusia. Dan banyak lagi.
Apabila kita melafazkan “Muhammad pesuruh Allah”, makanya secara tidak langsung kita mengistiharkan diri sebagai ummat Nabi Muhammad SAW. Mengikuti segala sunnah baginda. Sumbangan baginda. Percakapan baginda. Akhlak baginda. Sifat baginda. Itu sebagai tanda kita ummat baginda yang tidak menolak segala amalan baginda Muhammad SAW.
Apakah enjin keimanan?
Keimanan ini dasarnya melahirkan sifat-sifat yang mulia dan amalan yang baik. Dan keimanan lahir apabila kita ‘faham’ dan ‘ikhlas’ dalam mengejar keimanan. Sekiranya enjin keimanan kita bermasalah,iaitu kefahaman dan keikhlasan kita dalam berbuat baik, atau beramal. Bercampur pula dengan perasaan takabbur dan riak. Ataupun sifat-sifat lain. Maka enjin keimanan kita perlu dibaiki. Muhasabah diri semula.
Keimanan itu sebenarnya daripada ujian. Ujian dari segi kesengsaraan mahupun kesenangan.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Surah Al-Ankabut ayat 2)
Bila badai ujian dan mehnah melanda. Adakah kita sabar melaluinya? Adakah kita bersyukur dengannya? Adakah tempat kita mengadu kepada Allah? Adakah kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah? Adakah kita rasa beriman selagi mana kita belum teruji?
Ketahuilah jika kita takut dan gusar akan keadaan enjin keimanan kita pasti kita akan berusaha untuk mencari jalan untuk membaikinya. Bagaimana? Fikirlah cara kepada perkara-perkara yang membawa kita kembali meng-Esa-kan Allah. Pergantungan kita kepada Allah.
Berusaha meng-upgrade enjin keimanan kita.
Adakah anda mampu? Atau terus dihuni habuk jahiliyyah.
Wallahu ‘alam..
Enjin keimanan penggerak kebaikan..
Membina jentera mukmin baik amalan..
Enjin keimanan bebas kotoran..
Dari habuk kejahilan..